BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 5, 2009

Last Post.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t

So, this will be my last post. Because Sem 2 is calling out loud for my name. Not Sem 2. At least MUET is calling for me. Haihh~

That's ok. Time to be serious Ika! No more playing around if you want to be a dentist. huhu. May Allah bless all of us. May we get the flying colours result eh? huhu.

Mind my broken english. :D

That's all for now.

Salam.

P/s : i'm soooooooo gonna miss u encik wi-fi, kak katel, mr. aek yang mengalerr x henti-henti, phone, home, foodsss, & not to forget you Miri! :"(

That's ok. I'll be back! Wait for me. :)

hehe. ^^

Pencari Jalan-Mu

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Bersyukur kita kepada Allah atas segala nikmat dan kurnian-Nya.

Ana rasa nak berkongsi sebuah lagu, daripada Afgan. Pencari Jalan-Mu. Well, masih belum terlambat untuk kita sama-sama perbaiki diri kita. Sementara Allah, masih berikan peluang untuk kita perbaiki diri, gunakanlah sebaik-baiknya peluang itu, sebelum Allah tarik balik. Enjoyy~~



video


PENCARI JALAN-MU

T'lah banyak yang ku lewati
Jalan hitam di dunia
Tak terhitung selama nodai
Masihkah ada kesempatan
Bagiku mendekatkan hati dan cinta kasih-Mu

Ku ingin bersihkan diriku
Dari sgala dosa yang tlah ku perbuat hingga kini
Ku ingin bersihkan jiwaku
Terangilah dengan sgala petunjuk jalan-Mu

Tiada yang ada selain-Mu
Yang slalu menjagaku meski kadang tinggalkan-Mu
Aku hanyalah manusia yang mencari jalan-Mu
Yang pasti kembali pada-Mu

Wallahu'alam bi shawab.




Tuesday, November 3, 2009

Cinta Ilahi.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Sungguh, dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang. Dengan mencintai Allah, kebahagiaan luar biasa yang dirasakan.

Terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang telah engkau berikan kepada hamba. Melalui-Mu, aku mengenali mereka yang sekarang bergelar sahabat. Bersama berjuang menegakkan agama-Mu, ku rasakan manisnya Ukhuwwah Fillah. Berkasih sayang kerana Allah, manisnya..

Sahabat-sahabat, ana sayangggggg sangattt-sangattt dekat kamu semua. Ana bersyukur betul dapat kenal dengan kamu semua. :')




Ya Allah, silaturrahim kami ukhuwwah fillah. Bermusuh kami, na'udzubillah. Berpisah mati, insya-Allah.

Ya Allah, mereka ini sahabatku, buah hatiku. Rahmati kami meniti usia. Terpisah kami di alam nyata, temukan kami di taman syurga......

Syukur..

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Pertama-tama & selama-lamanya, kita panjatkan syukur kepada Allah, Tuhan sekalian alam, di atas nikmat iman & islam, nikmat kesihatan, nikmat negara yang aman. Bersyukur juga kepada Allah kerana masih memberikan izin kepada penulis untuk mencoretkan sesuatu bagi para pembaca. Diharap ana tidak mencoretkan apa yang sia-sia. Astaghfirullahalazim.

Perihal manusia? Ada apa dengan perihal manusia? Selama ana hidup di muka bumi yang Allah bentangkan luas ini, terlalu banyak ragam manusia yang telah ana lihat. One of it is tidak pandai bersyukur. *juga termasuk diri ana sendiri*

Kita lihatlah sekelililing, mesti ada, yang kita tidak puas hati dengan sekelililing kita. Itu tak kena lah, ini tak ngam lah. Macam-macam.

For instance, bila takde air "ala....apa lah tempat ni.air pun takde.b****k betul la..." tapi, bila ada air, bazirkan air tak tentu pasal.


Satu lagi contoh, bila takde duit, ya Allah, muka mengalahkan kerang busuk masamnya. Tapi, bila ada duit sikit, semua benda pun nak beli. Kadang-kadang, benda tak berfaedah la yang paling banyak dibeli. *Astaghfirullahalazim*


Tapi,,,, PERNAH TAK KITA UCAPKAN ALHAMDULILLAH & BERSYUKUR DI ATAS SEMUA YANG ALLAH BERIKAN??? KIta sebagai manusia, memang kita selalu alpa. Kita memang mudah lupa. Tapi, itu tidak boleh dijadikan alasan. Kita tidak boleh menjadikan itu sebagai alasan untuk kita tidak melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Walau sedikit pun, tetapi, setiap sesuatu yang Allah beri itu merupakan nikmat. Merupakan sesuatu yang sangat berharga jika kita betul-betul berfikir. Segala ujian, kesenangan , kesusahan, datangnya dari Allah, untuk menguji kita hamba-hamba-Nya. Walaupun kita tidak menyukai sesuatu perkara tersebut, tetapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.



Mungkin, bila Allah ujikan kita dengan ketiadaan air, Allah nak kita belajat untuk lebih berjimat dalam menggunakan air. Mungkin juga Allah mahu kita tunjukkan bahawa Islam itu agama mudah. Kalau tiada air, kita masih boleh berwuduk dengan bertayamum. Mungkin, bila Allah uji kita dengan tidak ada wang ringgit, Allah mahu kita melihat dunia dari mata orang yang merasai kesusahan. Setiap sesuatu yang Allah berikan itu, PASTI ada hikmah-Nya. Cuma, kita yang tidak melihatnya.

Jadi, diharap kita semua sentiasa bersyukur di atas semua yang Allah telah berikan kepada kita sepanjang kita hidup di atas muka bumi ini. Diharap kita sentiasa ingat untuk mensyukuri nikmat Allah. :) *juga pesanan untuk diri ana sendiri yang kuat merungut ni. :p*

Wallahu'alam.



p/s : ana guna contoh air sebab tempat ana kuliah selalu takde air. it is sometimes a good thing though when you think about it.

Thursday, October 29, 2009

Balik ke kolej & Program.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Pertama-tama & selama-lamanya, kita panjatkanlah kesyukuran kepada Allah S.W.T di atas segala nikmat yang Dia berikan kepada kita. Alhamdulillah.

Alhamdulillah. Selepas seminggu lebih bercuti, ana kembali lagi, menggerakkan jari-jemari ni untuk mengisi ruang-ruang yang ada di blog ni. Jadi kali ni, ana just nak post pasal program yang kami telah buat untuk adik-adik muslimin muslimat lepasan PMR di sekolah kami dulu KTDTHB. :) *skema nya ayat*


Program yang telah dirancang beberapa minggu, Alhamdulillah, terlaksana juga akhirnya. Walaupun sambutan kurang, tapi, kami teruskan juga program. Kita merancang & Allah turut merancang. & perancangan Allah itu sesungguhnya lebih baik, jadi segala kekurangan program, juga kekurangan kami sendiri yang merancangkan program tersebut.

Dengan hanya 4 orang faci muslimat & 2 orang faci muslimin, alhamdulillah, Program Kami Sayang Kamu tetap jalan. *p/s : hurun,, mek ngambik nama prog ya oww...hehe..*Walaupun masa juga kurang, ada beberapa yang balik awal, apa-apapun kami bersyukur kerana masih ada yang sudi datang, hadirkan diri & hati ke program tersebut. Thx ya adik-adik. :)

Perjalanan program yang dimulakan dengan sedikit permainan, nasyid, usrah & akhir sekali tayangan. Lebih baik ana post kan gambar-gambar. Let the picture do the talking. Lagipun , a picture worth a thousand words bh kan? :)





The "panjang pendek tinggi rendah"

Itu je lah gambar di sekitar program. & ada a few more gambar yang ana nak share. Gambar persekitaran kolej sekarang yang macam best!

Antara yang baru di kolej. *kecuali 3 0rg budak perempuan ya k. :p*

Tempat yang paling ku sayang, rindu, cinta. Surau Al-Hidayah. :')

Friday, September 25, 2009

I miss her terribly.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

It's been 7 months since my mum passed away. I still remember though the moment when my brother told me that she's gone. I have two older brothers. & I'm the only girl. Being the only girl, it's quite hard to face all this.

Last year Eid.

Stop. OK. Apa-apapun, aku bersyukur kepada Allah. Kerana memberi kekuatan kepadaku. Aku bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan aku dengan dua orang abang yang sangat bertanggungjawab. Sungguh bernilai kurniaan-Mu ya Allah.

Missing her terribly.

To all dear readers out there, yang masih ada parents, jagalah perasaan mereka. Jangan sakiti hati mereka. Hargailah setiap masa bersama mereka. Janganlah membenci ibu bapa kalian sekiranya mereka menentang keputusan kalian. Percayalah, mereka tahu apa yang terbaik untuk kalian. Hargailah mereka. Sayangilah mereka. Ingatlah jasa mereka.

Wallahu'alam.

Sunday, September 20, 2009

Salam Lebaran.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama tama kali, syukur setinggi-tinggi ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberikan peluan untuk menghirup udara segar dalam bulan Syawal ini.

Just a short update, wishing all muslimin & muslimat out there, Salam aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Wassalam.